fbpx

Babi, kambing antara barang kes bernilai RM420,392 disita JPV Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas JPV Perak memeriksa kambing yang dirampas menerusi operasi yang dilaksanakan di Kuala Kangar semalam. - Foto JPV PERAK

IPOH – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak berjaya merampas barangan kes bernilai RM420,392 sepanjang lima hari mereka melaksanakan pemeriksaan dan serbuan di negeri ini iaitu bermula 18 Januari hingga semalam.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Ternakan JPV Negeri, Dr. Zulkifli Ahmad berkata, rampasan itu melibatkan empat kes kesalahan pemindahan ternakan tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri atau Pihak Berkuasa Veterinar.

Katanya, selain itu ialah lima kes kawalan penyembelihan iaitu disyaki memiliki karkas yang disembelih di luar rumah sembelih yang diluluskan atau dilesenkan.

“Kesalahan melibatkan pemindahan ternakan tanpa kebenaran disiasat di bawah subeksyen 36 (1) Akta Binatang 1953(Akta 647), manakala kesalahan kawalan penyembelihan disiasat di bawah Kaedah 5 (3) Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009.

“Nilai keseluruhan barang kes yang dirampas ialah RM420,392 meliputi haiwan ternakan, karkas lembu dan babi serta kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Zulkifli berkata, sebanyak 81 ekor kambing bernilai RM34,200 dan 42 ekor babi (RM12,600) berjaya dirampas dalam serbuan dijalankan berkenaan.

“Kita turut menyita karkas lembu seberat 163 kilogram (kg) bernilai RM6,175 dan karkas babi seberat 241.7kg bernilai RM 2417. Di samping itu, kenderaan pula membabitkan sebuah kereta dan empat buah lori bernilai RM365,000,” katanya.

Beliau menasihatkan semua penternak agar sentiasa mematuhi Perundangan Veterinar yang sedang berkuat kuasa selain memaklumkan operasi itu akan diteruskan memandangkan musim perayaan akan tiba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI