JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sebuah kereta tanpa pemandu bergerak laju sehingga merempuh kenderaan lain di sebuah lebuh raya di Indonesia, lapor portal berita Abatanews semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @idntimes memaparkan kereta jenama Toyota Avanza itu bergerak sendiri di lorong kiri.
Situasi bertambah cemas apabila kereta itu terus bergerak, meskipun telah merempuh kenderaan lain dan pembahagi jalan.
Difahamkan, pemandu kereta tersebut memberhentikan kenderaannya di tengah lebuh raya untuk melakukan pemeriksaan.
Selepas keluar dari tempat duduk, kereta itu bergerak secara tiba-tiba.
Ketua Polis Jakarta Utara, Donni Bagus Wibisono berkata, enjin kereta itu mengalami kerosakan sebelum kejadian. – AGENSI