fbpx

Pekebun ditangkap lepas 10 tahun ‘sentuh’ anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TELUK INTAN – Perbuatan keji pekebun yang dipercayai melakukan sumbang mahram ke atas anak perempuannya sejak 10 tahun lalu terbongkar menyebabkan dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 56 tahun itu ditangkap pada pukul 1.45 tengah hari selepas mangsa berusia 21 tahun membuat laporan polis kelmarin.

Katanya, mangsa bekerja sebagai operator kilang dan masih bujang mendakwa menjadi mangsa rogol bapanya sejak berusia 11 tahun.

“Suspek didakwa beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu dengan kejadian terakhir pada 17 Januari lalu. Mangsa mendakwa dia sering diugut suspek supaya tidak mendedahkan kejadian kepada sesiapa,” katanya hari ini.

Menurutnya, disebabkan tidak tahan dengan ‘gangguan’ bapanya, mangsa melarikan diri dan tinggal di rumah rakan sebelum dinasihatkan untuk membuat laporan polis. Gadis itu dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan.

“Siasatan mendapati suspek bercerai dengan isteri ketika mangsa berusia enam tahun. Lelaki itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI