KOTA TINGGI – Orang ramai mengutip ikan dan udang bertaburan di tepi jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing sebelum simpang Mawai di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan pada pukul 9.20 pagi itu membabitkan dua buah kereta dan sebuah lori.
“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kenderaan Naza melanggar belakang Perodua Myvi menghala dari Johor Bahru ke Mersing. Akibatnya Myvi memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori dan terbalik di bahu jalan.
“Tiada kecederaan berlaku dan saman dikeluarkan di bawah Rule 10 LN 166/59. Ketiga-tiga pemandu sudah membuat laporan berhubung kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE
Kemalangan sebuah lori terbalik jalan kota tinggi – mersing sebelum simpang felda mawai, kota tinggi pagi ini.
02/01/2025 pic.twitter.com/qYk5KSdmPS
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 22, 2025