fbpx

[VIDEO] Lima direman kes langgar mati pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelima-lima suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, hari ini.

BALIK PULAU – Lima lelaki termasuk empat remaja yang dipercayai terlibat dalam kes langgar seorang pelajar sekolah menengah hingga mangsa maut semalam ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lima suspek terbabit dikeluarkan Majistret, Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret Balik Pulau pagi tadi.

Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, kesemua mereka tiba di mahkamah berkenaan kira-kira pukul 8.20 pagi tadi manakala hanya seorang suspek dilihat berada dalam keadaan tangan kanan berbalut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Sazalee Adam berkata, suspek yang direman terdiri daripada empat remaja berusia 16 tahun manakala seorang lagi berumur 21 tahun.

Menurutnya, empat daripada mereka ditahan menerusi hasil soal siasat terhadap suspek pertama yang terlebih dahulu hadir menyerah diri ke balai polis semalam.

“Tempoh reman ke atas kesemua suspek dibenarkan sehingga 25 Januari ini bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.

“Siasatan awal mendapati mereka (suspek) bukan kenalan kepada penunggang motosikal (mangsa) yang maut manakala hanya suspek yang melanggar mangsa termasuk lelaki berusia 21 tidak mempunyai lesen yang sah,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun maut selepas dipercayai terlibat kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, dekat Pantai Seagate di sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi itu ketika mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar George Town menghala ke Batu Maung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI