fbpx

Soloz inspirasi terbaik generasi muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLOZ berharap filem mengenai kisah hidupnya memberi inspirasi kepada generasi muda. - MPL MALAYSIA

IKON e-Sukan negara, Muhammad Faris Zakaria atau dikenali sebagai Soloz berharap perjalanan kisah hidupnya dalam filem Soloz: Game of Life dapat memberi nasihat berguna kepada generasi muda tentang realiti bidang e-Sukan yang sebenar.

Soloz yang pernah meraih pingat gangsa pada Sukan SEA Manila 2019 itu berharap ia dapat memberi pencerahan dan juga inspirasi kepada generasi muda agar tidak mengabaikan pelajaran mereka bila terlibat dalam permainan e-sukan.

Katanya, mesej utama dia bersetuju filem ittu diterbitkan agar namanya tidak disalah tafsir oleh generasi muda sekali gus menitipkan keseimbangan antara pelajaran sebelum mahu menjadi pemain profesional e-Sukan.

“Saya tak nak orang salah tafsir cerita dan jadikan saya alasan untuk abaikan tanggungjawab mereka terutama dalam pelajaran. Saya takut generasi muda akan guna kejayaan saya hari ini seperti membeli kereta mewah, Mustang dijadikan alasan untuk menjadi seperti saya.

“’Saya pernah mendapat beberapa kali emel daripada ibu bapa menyuruh saya menasihatkan anak-anak mereka agar tidak terlalu taksub (kerana) mampu menjejaskan masa depan serta pelajaran mereka.

“Saya sendiri tak tinggal pelajaran dan anda dapat lihat dalam filem tersebut saya belajar hingga ke menara gading. Saya selalu tekankan kepada anak muda, kalau nak kejar minat, kena ada disiplin.

“Mak ayah suruh belajar, kita belajar. Minat boleh kejar, tapi tanggungjawab tetap nombor satu. Saya lihat filem ini ada mesej yang jelas kepada generasi muda di,” katanya ketika ditemui pada tayangan Gala Premiere Soloz: Game of Life kelmarin.

Soloz berharap filem itu dapat memberi pencerahan kepada ibu bapa tentang potensi industri e-Sukan dan memberi inspirasi kepada anak-anak mereka terus berusaha mencapai kejayaan dengan cara yang betul.

“Filem ini bukan sekadar cerita hiburan. Ini peluang untuk saya beri mesej yang saya tak sempat cakap ketika live streaming (penstriman langsung). Saya nak semua tahu, walaupun saya fokus pada e-Sukan, saya tetap menghormati nasihat ibu bapa.

“Saya takut generasi muda rosak kalau hanya tengok kejayaan tanpa faham pengorbanan di sebaliknya. Waktu saya susah kerana perlu ke cyber cafe sama-mata ingin bermain permainan video tetapi sekarang boleh dimainkan menerusi telefon pintar, lagi mudah.

“Saya pernah kena rotan dengan mak ketika ‘kantoi’ di cyber cafe tetapi ayah memberi sokongan. Saya tak salahkan mak kerana dia adalah guru. Saya tetap seimbangkan pelajaran dan permainan video,” katanya.

Filem Soloz yang mendapat sentuhan pengarah muda, Syafiq Yusof akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Januari ini yang menyaksikan pelakon meningkat naik, Hun Haqeem diberikan tanggungjawab besar membawa watak Soloz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI