fbpx

Sarjan maut disedut enjin pesawat tempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pintu masuk ke Pangkalan Udara Ching Chuan Kang, Taiwan. - Foto Taipei Times

TAIPEI – Seorang pegawai tentera udara meninggal dunia selepas disedut ke dalam enjin sebuah jet tempur di Pangkalan Udara Ching Chuan Kang, Taiwan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pegawai wanita yang dikenali sebagai Sarjan Hu itu sedang menjalankan pemeriksaan rutin apabila dia disedut oleh enjin pesawat tersebut.

Mangsa yang berkhidmat kira-kira 17 tahun dengan tentera udara dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Media tempatan melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku ketika Hu meletakkan alat penahan roda jet tersebut selepas ia mendarat.

Seorang pakar yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu menyatakan rasa tidak percaya dengan kejadian tersebut.

Dia berkata, alat penahan itu sepatutnya diletakkan di sisi roda selepas enjin jet itu dimatikan, lapor akhbar Taipei Times.

Siasatan sedang dilakukan dan kamera keselamatan diperiksa oleh pihak penyiasat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI