fbpx

Sampah 30 tan dilonggok tengah jalan, penduduk terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMPAH 30 tan dibuang di sebatang jalan raya desa. - Foto PA

LONDON – Sisa pembinaan dan sampah seberat 30 tan dibuang di sebatang jalan kampung di England sehingga menyebabkan penduduk tempatan terputus hubungan dengan dunia luar, lapor akhbar Metro UK semalam.

Satu rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dua buah lori disyaki membuang sisa pembinaan tersebut.

Majlis Daerah Lichfield percaya sisa pembangunan yang juga termasuk sampah isi rumah itu dibuang di Watery Lane, dekat Curborough. Ia berlaku antara pukul 11 malam (waktu tempatan), Ahad lalu dan 12.45 tengah malam (waktu tempatan) kelmarin.

Penduduk tempatan dan pemilik perniagaan terputus hubungan sepenuhnya dengan dunia luar sehingga kontraktor terpaksa membersihkan jalan tersebut pada waktu pagi.

Seorang ahli majlis daerah dan daerah tempatan, Richard Cox berkata, kerja-kerja pembersihan boleh menelan belanja beribu-ribu pound sterling.

“Sesiapa yang melakukannya adalah satu perbuatan vandalisme yang tidak berakal. Ia perlu disiasat,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI