fbpx

Resort ski terbakar di Turkiye, 66 nyawa melayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah resort ski di barat laut Turkiye terbakar awal semalam. -- AGENSI

ANKARA – Sekurang-kurangnya 66 orang terbunuh dalam kebakaran hotel dan resort ski di Pergunungan Bolu, Turkiye, semalam.

Menteri Kesihatan, Kemal Memisoglu berkata, lebih 51 lagi mangsa cedera dalam bencana tersebut di resort ski Kartalkaya, barat laut Turkiye.

Kebakaran bermula sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) di restoran tingkat 11 Hotel Grand Kartal di resort berkenaan.

Pengunjung yang panik terpaksa terjun dari tingkap untuk menyelamatkan diri.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Kami berasa amat sedih.Kami kehilangan 66 nyawa dalam kebakaran di hotel ini,” kata Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya kepada pemberita.

Dua mangsa meninggal dunia selepas terjun dari bangunan dalam keadaan panik.

Saluran berita tempatan, NTV melaporkan bahawa sebilangan tetamu cuba memanjat turun daripada bangunan itu dengan menggunakan selimut dan cadar sebagai tali.

Ketika kejadian, seramai 234 tetamu menginap di hotel tersebut.

Hotel memiliki 161 bilik itu terletak di tepi sebuah lereng.

Beberapa saksi memberitahu, sistem amaran kebakaran hotel itu gagal berfungsi semasa kejadian.

“Isteri saya menghidu bau benda terbakar tetapi sistem penggera kebakaran tidak berbunyi,” kata tetamu yang menginap di tingkat tiga hotel tersebut, Atakan Yelkovan.

Kartalkaya merupakan sebuah resort ski popular terletak di Pergunungan Koroglu, kira-kira 300 kilometer ke timur kota raya Istanbul. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI