fbpx

Reman suspek kelima pukul OKU di pasar tani dilanjut sehingga Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah setelah direman dua hari lagi bagi membantu siasatan kes memukul OKU di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Tempoh reman ke atas lelaki berusia 41 tahun dilanjutkan dua hari lagi sehingga lusa berhubung kes memukul lelaki orang kelainan upaya (OKU) di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai di sini minggu lalu.

Perintah lanjutan reman itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, suspek ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada pukul 11.30 malam, Ahad lalu.

“Setakat ini, enam individu berusia 18 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut. Siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,”, katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI