fbpx

Pukul OKU: Fattah Amin persoal tindakan kejam manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah Amin menyifatkan kes pukul lelaki OKU sebagai tindakan kejam manusia tiada perikemanusiaan.

PETALING JAYA – Terkesan dengan isu seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu, pelakon Fattah Amin menganggap tindakan individu terlibat sebagai kejam.

Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, mempersoalkan bagaimana seseorang manusia yang diberikan akal dan normal boleh bertindak memukul lelaki OKU.

“Ya Allah, kenapalah sekejam diperlakukan sesama manusia,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku itu berkongsi video temu bual isteri mangsa.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki OKU dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga serta pelanggan Pasar Tani Padang Astaka Chukai disebabkan tidak puas hati selepas motosikal ditunggangi mangsa terlanggar sebuah gerai.

Rentetan itu, enam lelaki berusia dalam lingkungan antara 18 hingga 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes yang mendapat perhatian ramai tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI