fbpx

Pertemuan Man. City, PSG ibarat final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN (tengah) kembali menikmati permainan terbaiknya pada waktu tepat menjelang aksi bertemu PSG awal pagi esok. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola melaungkan keyakinan pasukan itu sudah bersedia sepenuhnya untuk membuat perhitungan dengan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Parc des Princes awal pagi esok.

Pertemuan itu dijangka berlangsung menarik memandangkan kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan bagi memburu kedudukan 24 teratas untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati nanti.

Ketika ini, City berada di kedudukan ke-22 menerusi lapan mata, hanya satu mata memisahkan mereka dengan PSG yang berada dalam kedudukan cukup berbahaya di tangga ke-25 dan berisiko tersingkir awal.

The Citizens dikatakan sudah kembali menemui sentuhan sebenar selepas mencatat kemenangan besar ketika membelasah Ipswich Town 6-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

“Selepas menjaringkan empat atau lima gol (menentang Ipswich), saya sudah mula terbayangkan perlawanan di Paris. Saya anggap perlawanan menentang PSG sebagai salah satu perlawanan akhir untuk kami.

“Kami ada dua lagi perlawanan (UCL) dan jika menang salah satu daripadanya, kami ada peluang (ke pusingan kalah mati). Untuk mengesahkan kelayakan, kami wajib menang kedua-duanya,” kata Guardiola.

Sementara itu, Guardiola juga gembira apabila Phil Foden kembali menemui sentuhan jaringan dan mengharapkan pemain sayap England itu dapat meneruskan rentak cemerlang bertemu PSG.

“Phil (Foden) tidak berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua atau tiga bulan pertama bagi saingan musim ini. Sekarang dia sudah kembali tersenyum, jadi itu menjanjikan dua atau tiga gol setiap perlawanan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN