KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel berjumlah RM10,000 melibatkan 41 tuntutan palsu sejak 2023.
Difahamkan, suspek ditahan semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pahang di sini.
Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu direman selama enam hari sehingga 27 Januari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Pahang, Hairuzam bin Mohd Amin @ Hamim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE