fbpx

Niat cari durian terbantut selepas jumpa ular sawa melingkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ular sawa sepanjang enam meter di dusun Polewali Mandar. - Foto Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki di Polewali Mandar, wilayah Sulawesi Barat melarikan diri selepas melihat seekor ular sawa sepanjang enam meter ketika mencari durian di sebuah dusun, lapor laman berita Detik hari ini. 

Lelaki itu kemudian meminta bantuan daripada orang ramai.

“Dia terlihat ular dan terus berlari bagi meminta bantuan,” kata seorang penduduk, Ikram.

Reptilia tersebut kemudian ditangkap di Dusun Passembaran semalam sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan). 

Kira-kira 10 penduduk datang ke lokasi kejadian bagi menangkap ular tersebut.

Menurut Ikram, proses menangkap reptilia itu melibatkan masa sekitar satu jam kerana ia ‘melawan’ sehingga sukar untuk ditangkap. 

Dia berkata, mulut ular tersebut diikat sebelum digantung di sebatang pokok dan akhirnya mati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI