MANILA – Perbuatan seorang lelaki di Filipina yang sengaja menyapu gam kuat pada bibirnya mengundang padah apabila ia melekat sehingga mulutnya tidak boleh dibuka, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Satu klip video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @badis_tv memaparkan lelaki itu merakam dirinya menyapu gam kuat pada bibir.
Situasi bertambah cemas apabila gam tersebut mula mengeras sekali gus menutup rapat bibirnya.
Selain dianggap sebagai gurauan, dia berbuat demikian untuk meraih perhatian di platform media sosial.
Rakaman itu mencatatkan lebih 8.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kenapa tidak letak dalam mata dan hidung?” komen seorang netizen.
“Buat satu badan pula,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI