fbpx

Nenek didakwa dera bayi hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUY HOONG didakwa mendera bayi lelaki sehingga mati di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki berusia sembilan bulan sehingga mati di Mersing bulan lalu.

Tertuduh, Chia Muy Hoong, 61 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan.

Mengikut kertas pertuduhan, Muy Hoong sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang bayi lelaki berumur sembilan bulan dengan menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang kiri kepala sehingga membawa kepada kematian.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah Jalan Intan 4, Taman Intan Jaya, Mersing antara 6 Disember hingga 12 Januari lalu dan pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Khairuddin Khalid manakala tertuduh diwakili peguam Amy Law Siew Tin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri sekali setiap bulan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mersing serta dilarang mengganggu mana-mana saksi terutama keluarga mangsa dan sebutan semula bagi serahan dokumen pada 24 Februari depan.

Kosmo! Pada Khamis minggu lalu melaporkan seorang bayi lelaki menghembuskan nafas terakhir selepas mendapatkan rawatan selama dua hari di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dekat sini akibat kecederaan dialami angkara didera pengasuhnya di Mersing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI