fbpx

Kebakaran resort ski: Malaysia solidariti bersama Turkiye – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah resort ski di barat laut Turkiye terbakar awal semalam. - AGENSI

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kesedihan susulan kebakaran dahsyat di sebuah resort ski di Pergunungan Koroglu Turkiye, hingga meragut sekurang-kurangnya 76 nyawa dan ramai yang cedera.

Anwar menerusi hantaran pada platform X berkata, pada masa ini ingatan dan rasa simpati beliau bersama mangsa, keluarga terlibat dan mereka yang terkesan ekoran tragedi berkenaan.

“Malaysia berdiri dalam solidariti bersama rakyat dan kerajaan Turkiye ketika negara tersebut berkabung atas tragedi ini,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan, sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam kebakaran sebuah hotel dan resort ski di barat laut Turkiye, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kebakaran bermula sekitar pukul 3.27 pagi (waktu tempatan) di restoran tingkat 11 Hotel Grand Kartal di resort ski Kartalkaya.

Sebilangan tetamu yang panik cuba turun daripada bangunan menggunakan selimut dan cadar sebagai tali.

Menurut Gabenor Bolu, Abdulaziz Aydin, dua mangsa meninggal dunia selepas terjun dari tingkap bangunan untuk menyelamatkan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI