fbpx

‘Hero sebenar’ – Saif Ali Khan sudah pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPULANGAN Saif disambut peminat yang rata-rata terkejut melihat keadaannya tidak seperti individu yang mengalami kecederaan parah.

PELAKON terkenal Bollywood, Saif Ali Khan yang ditikam sebanyak enam kali oleh perompak minggu lalu telah dibenarkan pulang ke rumah.

Video ketibaan Saif di kediamannya yang terletak di Bandra, Mumbai tular dalam media sosial.

Rata-rata netizen kagum melihat keadaannya yang tetap nampak segak dan gagah biarpun berdepan tragedi yang hampir meragut nyawa.

Suami kepada aktres Kareena Kapoor itu dilihat melambai tangan kepada peminat-peminatnya yang berhimpun di luar kawasan perumahan elit tersebut.

Jelas kelihatan tangan kirinya yang berbalut serta tampalan di lehernya yang cedera akibat ditikam dengan pisau.

Ramai netizen terkejut melihat keadaan terkini pelakon filem Kal Ho Na Ho itu yang disifatkan mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Saif kelihatan hebat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan dia cedera ditikam berhampiran tulang belakang. Dia adalah hero sebenar,” komen netizen.

Ada juga kata-kata nakal yang mendakwa insiden dia ditikam hanyalah rekaan semata-mata untuk tujuan publisiti. Semuanya gara-gara Saif kelihatan sihat, tidak seperti orang yang cedera parah.

Minggu lalu industri hiburan Bollywood digemparkan dengan insiden Saif cedera ditikam sebanyak enam kali oleh perompak yang memecah masuk kediamannya pada pukul 2.30 pagi sewaktu aktor itu sedang tidur bersama dua anak lelakinya.

Saif telah dibawa ke hospital oleh pemandu kenderaan awam sambil ditemani anak lelakinya yang berusia 10 tahun, Taimur Ali Khan. Doktor berjaya mengeluarkan serpihan pisau sepanjang 2.5 inci yang tertanam berhampiran tulang belakangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI