fbpx

‘Freelancer’ maut terjatuh bangunan, pistol dan peluru ditemukan dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Freelancer’ maut terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan di Kajang semalam.

KAJANG – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pukul 12.34 tengah hari.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan lanjut polis menjumpai sepucuk pistol semi automatik dan peluru dalam bagasi dalam kenderaan milik si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa tinggal di kawasan berhampiran dan bekerja sebagai ‘freelancer’. Remaja itu juga tidak memiliki rekod jenayah.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Siasatan kematian mengejut sedang dilakukan dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian remajat tersebut,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohamad Hafeez Hamzah di talian 019-6556536 bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI