fbpx

Ducati mampu realisasi impian Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ mengenakan sut warna merah pada sesi memperkenalkan jentera Desmosedici GP25 awal pagi semalam.

MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez berhasrat menyamai pencapaian legenda Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Valentino Rossi dengan meraih gelaran dunia ketujuh selepas bergabung dengan pasukan impian Ducati bersama Francesco Bagnaia musim ini.

Marquez, 31, diangkat menjadi pelumba utama Ducati menggantikan tempat Enea Bastianini dan dilihat penuh bersemangat semasa sesi memperkenalkan jentera Desmosedici GP25 awal pagi semalam.

Pelumba dari Sepanyol itu tidak menyembunyikan niatnya untuk meraih lebih banyak gelaran selepas prestasi cemerlang musim lalu bersama pasukan satelit Ducati, Gresini Racing.

“Saya melalui banyak pertempuran menentang Ducati tetapi setelah mendapatkan semula senyuman saya musim lalu, saya kini berada di sini tahun ini. Ia adalah satu penghormatan sebenar dapat menyertai pasukan hebat seperti in.

“Sungguh hebat untuk menyertai pasukan MotoGP yang besar seperti ini, pasukan yang dalam empat atau lima tahun kebelakangan ini sangat penting. Kami mahu memenangi gelaran dunia bersama pasukan dan juga pelumba.

“Saya rasa ini akan menjadi musim yang hebat dan saya berharap dapat membawa pulang banyak mata dan kemenangan. Kita lihat di mana kita berada di akhir musim 2025 nanti,” kata Marquez.

Menyarung sut warna merah Ducati memberikan semangat baharu kepada Marquez tetapi dia langsung tidak memandang mudah keupayaan pasukan lain sambil menyifatkan perjalanannya baru bermula.

“Memakai warna ini membawa maksud besar dan harapan tinggi. Saya sedar, umur semakin meningkat tetapi itu tidak bermakna saya boleh memandang rendah atau tanggungjawab yang datang bersama jentera ini.

“Pecco adalah rujukan utama. Saya akan belajar daripadanya untuk menyesuaikan gaya tunggangan,” katanya yang menyasarkan kelompok tiga teratas musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI