fbpx

Cuaca baik di seluruh Semenanjung petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca baik di seluruh Semenanjung petang ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh kawasan di Labuan, manakala di Sarawak melibatkan Miri (Telang Usan) dan Limbang sehingga pukul 7 petang ini.

“Bagi Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat,” lapor MetMalaysia.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI