fbpx

Christopher undur diri demi muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRISTOPHER

CALON Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj mengumumkan tidak bertanding mempertahankan jawatan pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2025-2029 bulan depan.

Bagaimanapun, Christopher mengakui tidak pernah serik untuk terbabit dalam industri bola sepak negara dan bersedia untuk menghulurkan tangan sekiranya ada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan daripadanya.

“Hakikatnya, manusia tidak sempurna tetapi kita semua berjuang atas panji yang sama untuk negara. Justeru saya memohon maaf atas segala khilaf sepanjang berkhidmat.

“Pergi tidak bermaksud terus menghilang. Saya masih berada di sini sekiranya diperlukan dan sentiasa sedia untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

Christopher yang pernah menggalas tugas selaku pengurus pasukan bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan turut menjelaskan langkahnya itu bagi membuka peluang buat rakan-rakan Exco yang lain menggalas jawatan berkenaan.

“Tarikh 15 Januari lalu ialah hari terakhir saya menunaikan tanggungjawab hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM sebagai Exco sejak 2017.

“Selepas lapan tahun berkhidmat, diakui ini bukanlah satu keputusan yang mudah tetapi ia adalah jalan terbaik untuk saya fokus sepenuhnya kepada kerjaya hakiki.

“Tanggungjawab ini sememangnya indah di mata kasar. Namun, ia datang dengan cabaran dan tanggungjawab yang besar demi negara,” jelasnya.=

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI