fbpx

Arsenal tekad bangkit lepas geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINELLI menjadi sandaran terbaik Arsenal untuk mengutip kemenangan ke atas Dinamo awal pagi esok. - AFP

LONDON – Pemain sayap Arsenal, Gabriel Martinelli menggesa rakan sepasukan supaya bangkit daripada kekecewaan dan memberikan sepenuh fokus terhadap aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Dinamo Zagreb di Stadium Emirates awal pagi esok.

The Gunners masih lagi berada dalam keadaan muram selepas kempunan untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool selepas seri 2-2 ketika bertemu Aston Villa Ahad lalu.

Bagaimanapun, Martinelli percaya dia dan rakan sepasukan sedia mengalihkan fokus bagi memastikan Arsenal terus mengekalkan aksi cemerlang dalam saingan UCL selepas menang empat daripada lima perlawanan terakhir.

“Saya fikir kami semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan itu. Kami bermain untuk Arsenal dan bangga menyarung jersi ini, jadi kami akan pergi dengan satu tujuan iaitu menang kesemua perlawanan.

“Kami bukanlah pasukan yang memilih perlawanan kerana pihak lawan sentiasa memberikan saingan sukar. Jadi, kami perlu berada pada prestasi terbaik dan lupakan aksi sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Martinelli juga yakin pemain-pemain The Gunners sudah belajar sesuatu dan tidak akan mengulangi kesilapan sama yang mampu meleburkan hasrat mereka mendapatkan tiga mata.

“Kami semua sudah menonton semula rakaman (menentang Villa) dan melihat sendiri apa kesilapan masing-masing. Justeru, kami sudah tahu apa yang perlu diperbaiki ketika bertemu Zagreb nanti,” ujar Martinelli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI