fbpx

Anwar berucap sempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar makluman ucaptama tersebut.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan untuk menyampaikan ucaptama bertajuk “ASEAN-Even Stronger Together” bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland malam ini.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, ucapan itu boleh disaksikan secara langsung pada pukul 9 malam ini di Malaysia.

“Insya-Allah, saya akan mengupas keutamaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini serta peranan penting ASEAN dalam membentuk landskap ekonomi global.

“Ikuti ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi ini secara langsung malam ini menerusi Facebook RTM dan Bernama serta siaran Awani,” katanya.

Terdahulu, Anwar tiba di Davos Isnin lalu untuk lawatan kerja selama tiga hari menghadiri WEF 2025.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menyertai kalangan pemimpin kerajaan dan perniagaan serta pegawai masyarakat sivil di bandar peranginan Pergunungan Alps ini untuk membincangkan usaha mengatasi cabaran utama dunia dan serantau melalui kerjasama global yang lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI