fbpx

500,000 kenderaan masuk Negeri Sembilan bermula Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menjangkakan pertambahan sebanyak 500,000 jumlah kenderaan memasuki negeri ini bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, berbanding kira-kira 250,000 pada hari kebiasaan.

Pengarah JPJ negeri, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pertambahan sebanyak 50 peratus itu berikutan peningkatan aliran trafik yang ketara.

“Sehubungan dengan itu, JPJ negeri telah melaksanakan Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 yang telahpun bermula Isnin lalu sehingga 9 Februari ini

“Berikutan itu, cuti semua anggota dan pegawai JPJ seramai 202 orang akan dibekukan sepanjang berlangsungnya operasi ini,” katanya pada sidang akhbar sempena Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Pelancaran Ops Tahun Baru Cina 2025 di Hentian Rehat dan Rawat Seremban PLUS (arah selatan) di sini, hari ini.

Hanif Yusabra berkata, antara pendekatan dan strategi JPJ negeri bagi ops kali ini adalah dengan meningkatkan rondaan terutamanya di kawasan hitam kemalangan.

Menurut beliau, terdapat 19 lokasi hotspot yang dijangka berlakunya kesesakan lalu lintas di negeri ini membabitkan enam di daerah Seremban, tiga di Port Dickson serta Nilai, masing-masing dua di Tampin dan Rembau, manakala satu lokasi di daerah Kuala Pilah, Jelebu dan Jempol.

Dalam pada itu, katanya, pemeriksaan dan audit bas di depoh dan terminal, termasuk pemeriksaan menyeluruh ke atas bas ekspres di Terminal 1, Seremban juga diberi tumpuan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI