fbpx

[VIDEO] Kereta berpusing, nyaris jadi ‘sandwic’ celah tiga lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya dilanggar sebuah lori sebanyak dua kali sehingga berpusing dalam kejadian di Kilometer 13, Jalan Bukit Changgang-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu, pemandu kereta jenis Proton Saga yang berusia 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden itu tular menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 34 saat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori berhenti di lampu isyarat.

Katanya, pemandu lori berusia 60-an kemudiannya telah memberi isyarat ke kiri bagi mengubah laluan semasa bergerak selepas lampu isyarat bertukar warna.

“Dalam transisi penukaran lorong itu, lori berkenaan telah melanggar bahagian sisi belakang Proton Saga tersebut.

“Keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan berpusing lalu melanggar bahagian sisi kiri hadapan sebuah treler dipandu lelaki berusia 40-an,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Jelasnya, kesemua pemandu yang tidak mengalami kecederaan telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Langat bagi membuat laporan polis kira-kira pukul 7.54 malam.

“Kita telah merakam keterangan daripada tiga pemandu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Mohd. Khairul Mohd. Adnan di talian 017-2824458 atau 03-31872222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI