fbpx

[VIDEO] Budak ‘tahan’ pintu kaca pasar raya sampai pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan pintu kaca di sebuah pasar raya di Gong Badak pecah.

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak bermain berhampiran pintu kaca automatik di sebuah pasar raya mengundang padah apabila pintu tersebut pecah.

Melalui satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, seorang kanak-kanak dilihat bermain di pintu kaca tersebut tanpa pengawasan orang dewasa.

Tidak berapa lama kemudian, kanak-kanak itu dilihat seolah-olah menahan pintu tersebut daripada tertutup secara automatik sebelum tiba-tiba pintu berkenaan pecah berderai.

Berdasarkan perkongsian orang ramai, difahamkan kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Gong Badak, Terengganu.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna mempersoalkan keberadaan penjaga kanak-kanak terbabit sewaktu kejadian itu berlaku.

“Minta ganti rugi, budak-budak pun kena ajar bertggungjawab dengan tindakan yang dibuat,” kata Moonirah.

“Aku tengah sedap makan dengar bunyi kaca pecah, pergi tengok sekejap. Balik semula kedai, ayam dah hilang sebab pekerja dah kemas,” kata Yana.

“Tengok video mak dia berlari nak dapatkan anaknya, mungkin anak hilang dari pandangan tak perasan anak dia tahan pintu sampai pecah,” kata Athirah.

“Mana ibu bapa dia? Bahaya biar anak tanpa pengawasan,” tegur Anne. – KOSMO! ONLINE

@nadiahmakeup97 Bertahun aku kje mydin , ni baru ad kes , mane la mok dia mase ni eh #fyp #mydin #gongbadakterengganu ♬ original sound – NadiahMohdNor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI