fbpx

Tukang urut ‘noda’ budak 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. NASIR dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak asuhan isterinya, sekitar tiga tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang tukang turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan
kesalahan amang seksual fizikal anak asuhan isterinya di sebuah rumah di Felda Taib Andak, Kulai, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, A. Nasir Abdul Karim, 54, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu dituduh melakukan kesalahan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan yang pada ketika itu berusia enam tahun dengan cara memegang kemaluan dan payudaranya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik air dapur rumah suspek di Felda Taib Andak, sekitar 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin manakala tertuduh diwakili peguam Syufri A. Samad.

Hakim Siti Noraida membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran, tidak boleh mengganggu mangsa, keluarganya dan saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan tarikh 24 Februari depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI