fbpx

Seorang cedera kemalangan tujuh kenderaan termasuk treler di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 27 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Kampung Chendor di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang lelaki cedera dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Kuantan-Kemaman berdekatan Kampung Chendor di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu membabitkan sebuah treler, sebuah lori, empat buah kereta dan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada pukul 9.59 pagi mendapatu kemalangan melibatkan tujuh kenderaan yang berlanggar secara sebarus dari arah belakang.

“Terdapat satu mangsa iaitu lelaki dewasa cedera dan tersepit di dalam kereta jenis Perodua MyVi dan kesemua mangsa lain selamat dan tidak cedera.

“Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,”katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Ahmad Fadillah, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI