fbpx

‘Saya tak boleh bayangkan orang lain, memang Ziana Zain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYPH kini muncul dengan album baharu berjudul Teh Storm. Menariknya, dia turut bekerjasama dengan Ziana Zain dalam sebuah single.

ILHAM adakala datang seperti angin, ada masanya bergerak lambat, malah vakum di satu tempat. Dalam penghasilan lagu dan melodi, Alyph juga ada rentak ilham dan gerakan tersendiri.

‘Bila album ini siap, judulnya macam tak kena hinggalah satu masa ilham itu datang.”

Demikian kata penyanyi dan komposer, Alyph atau nama sebenarnya, Alif Abdullah, 36, saat bercerita tentang album baharunya, The Storm yang bakal dilancarkan 24 Januari ini.

Kata anak seni kelahiran Singapura itu, The Storm yang bermaksud ribut membawa makna tersendiri yang tidak terjangka dan itulah yang ingin ditonjolkan menerusi diskografi terbaharunya.

“Saya dah lama pendam nak buat album lebih daripada satu lagu. Saya gembira kerana berhenti sekejap terbitkan lagu orang artis lain dan fokus kepada diri sendiri.

“Bila album siap, dengar balik (semua lagu) tajuk album macam tak kena. Sampai idea untuk namakan The Storm hadir dengan sendirinya.

“The Storm ni macam minda kita. Unpredictable (tidak terjangka). Storm (ribut) kita tak tahu apa akan jadi. Dia macam warna kelabu. Apabila berlaku (ribut), kita tak tahu nak bawa payung atau keluar rumah tiba-tiba ada matahari,” katanya pada majlis pradengar album terbaharunya itu baru-baru ini.

Alyph menyifatkan The Storm sebuah album yang sifatnya sangat peribadi, terutama buat dirinya kerana segala trek yang dimuatkan berkisarkan apa yang disaksikan pancainderanya.

“Ini semua kisah apa yang saya nampak setiap hari. Dari sudut pandang kawan-kawan dan keluarga. Kisah benar tapi tentu sahaja apabila tulis, saya tambah sedikit fiksyen sebab takkan nak bagi semua orang faham hidup saya,” katanya.

Berkolaborasi dengan Ziana Zain menerusi dua trek iaitu Teman dan Gerak, Alyph berkata, penyanyi hebat itu adalah pilihan pertamanya untuk lagu-lagu tersebut.

“Saya tak boleh bayangkan orang lain, memang Ziana Zain. Sejujurnya, apabila tulis lagu ketika mula (intro) saya sudah boleh tahu hujungnya.

“Apabila tulis korus dan melodi, saya hanya terbayang Ziana Zain. Rasa sangat bertuah apabila beliau sudi bekerjasama dengan saya untuk lagu Gerak,” ujar pelantun Swipe itu.

The Storm terbitan Dej Jam memuatkan 12 lagu termasuk Red Flags, Saham Naik dan Bestfriend Part 2 dilancarkan di semua platform digital pada 24 Januari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI