fbpx

Kanak-kanak letak paku, batu atas jalan, ibu bapa dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sudah memanggil ibu bapa kanak-kanak yang meletakkan paku, batu dan kayu di atas jalan raya di Kilometer 20, Jalan Semporna – Tawau pada Ahad lalu.

SEMPORNA – Ibu bapa kanak-kanak yang meletakkan paku, batu dan kayu atas jalan di Kilometer 20, Jalan Semporna-Tawau di sini Ahad lalu dipanggil polis untuk diberi nasihat supaya mengawasi anak mereka.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, siasatan mendapati objek itu dibuang kanak-kanak berusia 12 tahun yang tinggal berdekatan lokasi kejadian dengan alasan hanya untuk suka-suka.

Katanya, kejadian itu disedari pengguna jalan raya yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau, kira-kira pukul 7.30 pagi, Ahad lalu.

“Ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang, pengadu ternampak objek seperti batu, kayu dan paku atas jalan.

“Objek itu dipercayai diletakkan secara sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun tiada kemalangan berlaku ke atas pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengadu bersama pemandu bas pelancong membuang objek-objek tersebut bagi mengelak kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Sebelum ini tular video berdurasi satu minit 56 saat yang memaparkan pengguna jalan raya menemui beberapa objek seperti paku, batu dan kayu di atas jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI