fbpx

Peluang terbaik Nunez sebelum dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ (tengah) muncul wira Liverpool dalam kemenangan 2-0 ke atas Brentford pada Sabtu lalu. - AFP

LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez bakal diberikan peluang untuk membuktikan dirinya bersama kelab itu daripada dijual menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Lille awal pagi esok.

Nunez, 25, sebelum ini dikatakan bakal mencari haluan baharu dan berhijrah dalam jendela perpindahan bulan ini dengan beberapa kelab seperti AC Milan dikatakan berminat mendapatkan khidmatnya.

Namun, penggempur Uruguay itu menampilkan prestasi cemerlang selepas masuk sebagai pemain gentian dengan dua gol menewaskan Brentford 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech pada Sabtu lalu.

Pengurus Liverpool, Arne Slot mungkin meletakkan Nunez dalam kesebelasan Utama menentang Lille di Anfield berbanding Luis Diaz yang gagal mencetuskan impak sebagai penyerang ketika menentang Brentford.

Bukan itu sahaja, Diaz juga terlepas daripada hukuman kerana tindakannya sengaja merebahkan badan ketika diasak penjaga gol Brentford, Mike Flakken untuk mendapatkan sepakan penalti.

“Apa yang dilakukannya (Diaz) cukup memalukan. Dia berlakon dan merebahkan badan untuk meraih simpati pengadil tetapi ternyata ia belum cukup untuk mendapat sepakan penalti,” kata pengulas Sky Sports, Kris Boyd.

Memandangkan Liverpool sudah memenangi semua enam perlawanan UCL dan hampir pasti layak automatik ke pusingan 16 terbaik, aksi menentang Lille dilihat sebagai peluang terbaik untuk menguji kemampuan Nunez.

Sebagai rekod, Nunez sudah meledak enam gol daripada 27 perlawanan dalam semua kejohanan termasuk empat jaringan EPL yang menyaksikan Liverpool kini selesa menerajui carta dengan kelebihan enam mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI