fbpx

Pelanggan marah harga segelas teh O ais lemon RM9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARGA segelas teh O ais lemon RM9 di Singapura.

SINGAPURA  – Seorang lelaki meluahkan kebimbangan mengenai kenaikan kos selepas dikenakan bayaran SGD$2.80 (RM9) untuk segelas teh O ais lemon di sebuah kedai kopi di Singapura, lapor laman berita  Stomp hari ini.

Lelaki dikenali sebagai MaxRoh itu berkata, dia memesan minuman tersebut semasa makan tengah hari.

“Saya dikenakan bayaran SGD$2.80 untuknya.

“Saya tiada pilihan selain membayarnya,” kata MaxRoh.

Dia kemudian bertanya kepada pekerja kedai itu rasional di sebalik harga tinggi itu.

“Pekerja itu berkata bahawa harga di mana-mana sahaja sekarang adalah mahal.

“Apa yang paling saya marah ialah pebuatan pemilik perniagaan mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan menjadikan inflasi sebagai alasan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI