fbpx

Pelajar sekolah maut kemalangan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Pantai Seagate, pagi tadi.

BALIK PULAU – Seorang pelajar sekolah menengah maut dalam kejadian kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, dekat Pantai Seagate di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Sazalee Adam berkata, mangsa berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal jenis Honda EX5 yang dia tunggang dipercayai dirempuh sebuah motosikal jenis Yamaha 135 pada pukul 4.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Nibong, sedang dalam perjalanan dari arah George Town menuju ke Batu Maung sebelum terlibat dalam kemalangan di lokasi kejadian.

“Kita turut menahan rakan si mati bagi membantu siasatan mengenai kejadian berlaku,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sazalee, setakat ini tiada saksi tampil memberikan maklumat mengenai kejadian berlaku.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI