fbpx

Pekerja butik terkenal jenama Jepun tak puas hati, kena lenjan macam robot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara komen yang dimuat naik bekas pekerja syarikat terbabit.

PETALING JAYA – Segelintir bekas pekerja sebuah butik pakaian jenama Jepun meluahkan perasaan tidak puas hati apabila mendakwa syarikat tersebut tidak menjaga kebajikan kakitangannya.

Selain tidak dibenarkan mengambil cuti, rata-rata turut mendakwa gaji yang ditawarkan tidak memadai dengan beban kerja yang disifatkan sebagai melampau.

Luahan individu dipercayai bekas ‘retail associate’ syarikat terbabit dibangkitkan di ruangan komen salah satu hantaran Instagram butik berkenaan.

Seorang bekas pekerja syarikat itu, Natasya mendedahkan bahawa gaji yang ditawarkan sebanyak RM2,500 adalah tidak sepadan dengan beban kerja yang perlu dibuat.

“Dipaksa jadi ‘cleaner’, lepastu kena layan pelanggan sambil sental lantai. Kena marah depan pelanggan macam kita takda maruah langsung,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi bekas pekerja dikenali sebagai Adam berseloroh bahawa berkerja di syarikat tersebut merupakan antara pengalaman terbaiknya.

“Pengalaman terbaik saya berkerja dengan syarikat yang saya berbakti sepenuhnya selama tujuh tahun adalah saya diberhentikan kerana cawangan ditutup.

“Bila minta dipindahkan ke cawangan lain, mereka bagi alasan tiada kekosongan tetapi bila cari kerja, nampak ada iklan kerja kosong di cawangan Kuala Lumpur,” jelasnya.

Seorang pengguna dikenali sebagai Sabrina mendakwa, selain dikerah seperti ‘robot’, suaminya juga tidak dibenarkan mengambil cuti meskipun dalam waktu kecemasan.

“Kereta isteri rosak di tengah jalan, saya hubungi suami saya untuk tolong tapi suami tak boleh ambil ’emergency leave’ (EL). Syarikat beri alasan bahawa itu kereta isteri, jadi dia boleh selesaikan sendiri.

“Kakitangan sanggup nak tukar ‘annual leave’ (AL) untuk EL pun tak boleh. Padahal itu hak mereka,” katanya.

Pendedahan itu turut membuka mata ramai pihak terutama pelanggan yang sering meneli-belah di butik berkenaan.

“Barulah faham kenapa pekerja dekat situ muka semua (murung) bila kerja. Cakap dengan pelanggan pun lebih kurang. Syarikat kena buat sesuatu tentang kebajikan pekerja mereka,” ujar Amir.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati pihak syarikat berkenaan mengambil maklum berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pekerja.

“Pasukan kami mengambil perhatian dan telah mengemukakan perkara ini kepada jabatan yang berkaitan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI