fbpx

MKRM miliki fasiliti ujian rel bertaraf antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika mengadakan lawatan di Akademi Binaan Malayasia Wilayah Tengah dan Makmal Kerja Raya Malaysia hari ini. -Foto oleh M.FIRDAUS M.JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Makmal Kerja Raya Malaysia (MKRM) kini dilengkapi fasiliti untuk menjalankan ujian penuh produk rel seperti railway sleepers (penggalas landasan) dan railway bearers (galang rel) dalam industri pembinaan rel di Malaysia.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kemudahan terkini yang diuruskan oleh Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) ini menjadi satu lonjakan penting dalam memastikan kualiti dan keselamatan sistem rel di negara ini.

“Fasiliti ini telah siap pada tahun 2023, dan CREAM berhasrat untuk memperluaskan lagi pengujian rel MKRM yang merangkumi semua komponen rel seperti trek, fastener (pengikat), welded joint (sambungan kimpalan) dan keseluruhan sistem rel.

“Ini bukan sahaja memperkukuh industri pembinaan rel, tetapi juga meningkatkan keyakinan terhadap kualiti produk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo! ketika mengadakan lawatan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah dan MKRM hari ini.

Beliau turut memuji usaha CREAM untuk meluaskan skop akreditasi di bawah piawaian antarabangsa MS ISO/IEC 17025:2017, yang kini merangkumi 12 skop tambahan seperti konkrit pratuang, besi, keluli dan perancah (scaffolding).

“Dengan akreditasi ini, CREAM dapat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan produk sebelum produk tersebut diuji, diperakui dan diluluskan oleh badan kawal selia seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan pihak berkuasa tempatan lain.

“Ini memberikan keyakinan dan kecekapan yang lebih besar kepada pelanggan dalam proses pemeriksaan mereka,” ujarnya.

Selain itu, Ahmad turut menekankan peranan penting CREAM sebagai badan pemeriksaan, pengujian dan pensijilan produk.

“Perkhidmatan Pemeriksaan CREAM telah menjalankan lebih 500 aktiviti pemeriksaan di gudang, kilang, dan lokasi lain, sama ada di dalam atau luar negara.

“Akreditasi MS ISO/IEC 17020:2012 yang diterima 12 Disember lalu melengkapkan CREAM sebagai penyedia perkhidmatan teknikal menyeluruh kepada industri pembinaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI