fbpx

‘Kurang ajar, jangan main-main isu agama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPORAN polis terhadap Harith Iskander yang didakwa mempersendakan agama dibuat pelawak Shahrol Shiro, malam tadi.

PETALING JAYA – Tidak berkompromi apabila membabitkan sensitiviti orang Islam, pelawak juga usahawan, Shahrol Shiro membuat laporan polis terhadap selebriti, Harith Iskander yang didakwa mempermainkan sentimen agama sebagai jenaka dalam media sosial.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 40, berkata laporan di Balai Polis Kluang Johor adalah susulan status terkini pelawak senior terbabit yang membuka ruang kepada netizen meninggalkan komen mempersenda agama.

“Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama kita.

“Ini adalah satu perkara yang sangat kurang ajar. Jangan main-main tentang isu agama Islam ini.

“Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis dibuat mengenai hantaran tersebut,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Bekas anggota kumpulan Shiro itu turut memuatnaik video yang menunjukkannya selesai membuat laporan polis, malam tadi.

Menerusi laporan sama, Shahrol turut menamakan seorang pemilik akaun yang menyentuh nama Nabi Muhammad dengan isu sama seperti dikongsikan Harith.

Terdahulu, Sabtu lalu pelawak berusia 59 tahun itu memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50 yang dipercayai dibeli daripada sebuah trak makanan.

Dalam ruangan kapsyen, Harith juga juara Funniest Person in the World 2016 menjelaskan, terkeliru selain imannya tergugat dengan kopi tersebut apabila meletakkan perkataan ‘ham’.

“Bukan sahaja menggoda saya untuk menjadi ‘hamsap’, tetapi juga membuat saya keliru dengan perkataan ‘ham’ di dalamnya. Ini untuk diminum atau dimakan?

“Saya mesti buat laporan polis kerana saya terlalu lemah sehingga hilang semua kemampuan untuk berfikir secara logik. Siapa lagi yang keliru?”, tulisnya dalam hantaran itu bersama emoji wajah tertawa bersama air mata.

Isu ‘ham’ tular selepas sebuah kedai rangkaian serbaneka tidak mempunyai sijil halal sah sehingga menimbulkan keraguan ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Shahrol yang dapat dijadikan pengajaran buat individu biadab.

“Terima kasih Shahrol, semoga menjadi pengajaran buat mereka di luar sana,” kata netizen.

“Laju Shahrol buat kerja, tak boleh beri muka pada orang macam ini,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

“Terbaik, memang tak boleh beri muka pada mereka yang persenda agama,” ujar pemilik akaun Instagram lain.

Sehingga kini pemilik nama lengkap Harith Iskander Musa, masih mengunci mulut berhubung kontroversi dicetuskannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI