fbpx

Kes pukul OKU di pasar tani, individu keenam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek (dua dan tiga dari kanan) direman bagi membantu siasatan kes memukul OKU mental di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lagi lelaki menjadi individu keenam ditahan polis bagi membantu siasatan memukul seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai di sini pada Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia 35 tahun tersebut ditahan sewaktu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini pada pukul 1.50 tengah hari semalam.

“Dia telah direman selama tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Seorang lagi suspek berusia 32 tahun pula disambung reman dua hari lagi sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Wan Muhamad berkata, kedua-dua perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, enam lelaki berusia dalam lingkungan antara 18 hingga 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes yang mendapat perhatian ramai tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI