fbpx

Kerapu gergasi 128 kilogram dijual di pasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ikan kerapu gergasi dijual di pasar raya. - Foto Lianhe Zaobao

SINGAPURA  – Seekor ikan kerapu liar seberat 128 kilogram dijual di pasar raya besar FairPrice di Serangoon NEX Mall, Singapura, lapor portal berita MSNews semalam.

Menurut akhbar Lianhe Zaobao, kerapu liar itu ditangkap di perairan dekat Kepulauan Riau, Indonesia, baru-baru ini.

Ketua makanan segar dan sejuk beku di FairPrice Group, Hau Liqing memberitahu, kerapu besar seperti itu jarang diperoleh dengan tangkapan hanya berlaku satu hingga tiga kali setahun.

Laut bergelora akibat cuaca hujan baru-baru ini bagaimanapun menyebabkan ikan laut dalam berenang lebih dekat ke pantai.

Daging ikan kerapu yang dipotong-potong itu  habis dijual dalam masa kurang 20 minit.

Berharga SGD$6.99 (RM23) setiap 100 gram, ia adalah kira-kira 40 peratus lebih mahal daripada kerapu merah biasa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI