fbpx

Kartel baja: Bekas pengurus besar didakwa hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam pada sidang akhbar khas membabitkan perkembangan terkini operasi-operasi yang dijalankan oleh SPRM di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya di sini, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Seorang bekas pengurus besar sebuah badan awam akan didakwa di mahkamah pada hujung bulan ini ekoran disyaki terbabit rasuah membabitkan pembekalan baja padi bernilai lebih RM1.8 bilion.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, timbalan pendakwa raya (TPR) telah bersetuju untuk menuduh individu itu seperti yang disyorkan.

“SPRM telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selain melengkapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada TPR pada 13 Disember 2024.

“TPR telah bersetuju untuk menuduh individu berkenaan seperti yang disyorkan dengan dua pertuduhan terhadap beliau,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat SPRM di sini tadi.

Katanya, tarikh pertuduhan akan dimaklumkan kelak di mana ia bergantung kepada kelapangan TPR selain bahagian pendakwaan sedang menguruskan tarikh itu.

Sebelum ini, SPRM menahan reman dua bekas pengurus besar sebuah pertubuhan badan awam susulan siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut menegaskan, siasatan terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berhubung dakwaan penglibatan kartel dalam pengedaran dan pembekalan kontrak baja padi perlu diserahkan kepada SPRM.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dipetik berkata, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana agensi kerajaan.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Amir Matamin pada 1 November lalu memaklumkan, Perlembagaan Nafas digantung bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.

Katanya, selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang, beliau mengeluarkan arahan itu di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109), susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi dan fungsi Nafas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI