fbpx

Hujan lebat berterusan landa Sarawak, Sabah bermula 27 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berterusan melanda Sarawak dan Sabah bermula 27 Januari hingga 30 Januari ini.

Menurut kenyataan rasmi MetMalaysia, luruan monsun dijangka memasuki rantau negara pada tarikh tersebut, yang berpotensi membawa hujan lebat dan berterusan terutamanya di negeri-negeri di Borneo itu.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di Sarawak dan Sabah,” katanya.

Pada masa yang sama, penumpuan angin yang sedang berlaku di Sarawak dijangka akan berterusan sehingga Khamis ini.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut,” tambahnya.

Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora juga dikeluarkan untuk perairan Laut China Selatan yang berkuat kuasa sehingga esok.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa memantau keadaan cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, serta media sosial rasmi dan aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Masyarakat juga diingatkan untuk berwaspada terhadap risiko bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan angin kencang yang boleh mengancam keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI