fbpx

EPL: Man. City sebenar sudah kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN (kanan) kembali menikmati permainan terbaiknya apabila meledak empat gol dalam dua aksi terakhir. - AFP

IPSWICH – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menganggap kemenangan 6-0 ke atas Ipswich Town pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Portman Road awal pagi semalam sebagai tanda ‘kemunculan’ semula pasukannya.

Selepas dihimpit prestasi tidak menentu musim ini, Guardiola melabel segala permasalahan itu sudah dileraikan sekali gus membuktikan The Citizens kembali mendapatkan identiti sebenar.

Ia terbukti menerusi kejayaan City merekodkan tiga kemenangan dalam empat aksi terakhir EPL dan kini Guardiola merasakan adalah wajar pasukannya diberikan semula penghormatan seperti yang pernah dicipta sebelum ini.

“Kami gembira untuk mendapatkan semula perkara yang pernah menentukan pasukan sejak sedekad lalu. Saya begitu gembira dengan pemain dan mereka berhak lebih lagi.

“Kami sudah mendapatkan semula identiti yang kami hilang sebelum ini. Kemenangan ini meningkatkan peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

“Perkara terpenting adalah pemain, mereka yang melihat diri mereka sendiri khususnya untuk mengiktiraf siapa kami sebenarnya,” kata Guardiola.

Phil Foden menyumbankan dua gol diikuti masing-masing satu jaringan daripada Mateo Kovacic, Jeremy Doku, Erling Haaland dan James McAtee.

Kemenangan itu juga menyaksikan City kembali melonjak ke kelompok empat teratas apabila menghuni tangga keempat, 38 mata sama dengan Newcastle United di tempat kelima. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI