fbpx

Dua sekawan larikan peti besi RM1.1 juta diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan di dalam peti besi yang dibawa lari kedua-dua suspek semasa memecah masuk sebuah rumah di Kampung Paya Rambai, Kota Bharu pada Rabu lalu. -Foto PDRM

KOTA BHARU – Dua sekawan yang melarikan peti besi berisi wang tunai, barang emas, perak dan jam tangan berjenama bernilai RM1.1 juta selepas memecah masuk sebuah rumah di Kampung Paya Rambai, di sini Rabu lalu akhirnya diberkas polis.

Kejadian disedari mangsa berusia dalam lingkungan 60-an sewaktu pulang ke rumah bersama ahli keluarganya dari Sarawak pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku pada pukul 8.30 pagi sewaktu mangsa pesara kerajaan tiada di rumah.

Mangsa mendapati pintu gelangsar diumpil dan pemeriksaan mendapati peti besi miliknya berisi wang tunai, emas, perak dan jam tangan bernilai RM1.1 juta sudah tiada.

“Bertindak atas maklumat, pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Bharu menahan dua lelaki secara berasingan pada pukul 6.15 petang kelmarin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Salah seorang suspek bekerja sebagai mekanik, manakala seorang lagi tiada kerja tetap. Sebuah peti besi dan barangan berharga milik mangsa turut dirampas,” ujarnya.

Semakan mendapati dua suspek itu positif dadah dan mempunyai rekod kes jenayah dan dadah. Mereka direman enam hari bermula semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI