ALOR SETAR – Dua lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard, di sini pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Azhar Mohamad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 6.51 pagi tadi.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal. Operasi pemadaman dilakukan dan api dapat dikawal pada pukul 7.11 pagi tadi. Dimaklumkan terdapat tiga mangsa terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya hari ini.
Menurut beliau, pihaknya kemudian menjumpai dua mangsa berusia 21 dan 63 tahun dalam keadaan rentung di dalam kediaman tersebut.
“Seorang lagi mangsa dikatakan dapat menyelamatkan diri,” – KOSMO! ONLINE