fbpx

Cuaca cerah di seluruh Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporan cuacanya pagi ini melaporkan keadaan cuaca di Semenanjung Malaysia secara keseluruhannya baik, namun hujan dan ribut petir dijangka berlaku di satu dua kawasan.

Menurut MetMalaysia, kawasan timur negeri Johor berpotensi mengalami hujan dan ribut petir dalam tempoh beberapa jam akan datang.

Penduduk di kawasan tersebut dinasihatkan supaya berhati-hati dengan kemungkinan hujan lebat yang boleh berlaku secara tiba-tiba.

Sementara itu, di Sabah dan Sarawak, hujan sedang melanda beberapa kawasan, khususnya di bahagian selatan dan barat Sarawak.

Bagaimanapun, keadaan ini dijangka akan pulih secara beransur-ansur menjelang awal petang nanti.

Orang ramai diminta untuk sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca terkini dan mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi MetMalaysia bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI