fbpx

‘Berkawan pun kena sekufu…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Bukan kahwin sahaja, berkawan pun kena sekufu supaya apabila bercakap tak bunyi macam sombong.”

Itu antara ‘tip’ mengenai kepentingan memilih teman yang sekufu dalam menjalani kehidupan seharian.

Hantaran menerusi laman sosial TikTok itu turut berkata, ia juga penting kerana apabila masing-masing memiliki corak pemikiran sama, tidak ada pihak yang akan diremehkan.

“Apabila kongsi cita-cita dan impian tidak digelakkan, cerita apa-apa tidak diremehkan. Apabila melancong, beli-belah, kita tidak dianggap pembaziran.

“Yang paling penting, tak nak ada hasad dengki,” kata hantaran itu.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai termasuk mereka yang bersetuju dengan kenyataan berkenaan dan juga sebaliknya.

“Boleh saja berkawan dengan sesiapa pun. Cuma kena sedar dengan siapa kita bersama. Kalau sama tahap, bercakap la tahap sama. Kalau rendah daripada kita, rendahkan aras kita. Klau tinggi daripada kita, lebihkan mendengar,” ujar seorang pengguna.

“Pernah nak ambil dua lauk pun ditegur. Nak sengkek, sengkek lah seorang,” komen @A.I.H.

“Betul. Dalam berkawan banyak yang tak perasan benda ni. Bila menjauh dikata sombong. Kadang duduk semeja lima orang tapi hakikatnya empat orang.

“Saya kawan semua lapisan. Tak nak beza kaya dan miskin. Saya sesuaikan percakapan. Yang penting jangan sombong dan baik dengan semua orang,” luah seorang lagi pengguna. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI