fbpx

BAM sambut baik keputusan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAM lega sebaik sahaja SPRM mengesahkan tiada unsur jenayah melibatkan seorang pegawai tertinggi badan induk itu.

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berterima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan tiada tindakan lanjut bakal dikenakan terhadap seorang pegawai tertinggi badan induk itu selepas siasatan selesai dijalankan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, BAM turut menyatakan komitmen untuk mengukuhkan aspek tadbir urus persatuan seperti yang dicadangkan SPRM.

“Sebagai sebuah badan sukan yang dinamik dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, BAM akan memastikan setiap cadangan yang diberikan dilaksanakan sebaik mungkin.

“BAM juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah yeoh atas sokongan serta nasihat yang diberikan sepanjang siasatan,” kata badan induk itu.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan mendapati tidak ada elemen jenayah berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai tertinggi BAM.

Justeru, beliau menyifatkan siasatan kes yang dibuat susulan surat layang diterima pihaknya sebagai selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI