fbpx

Badosa cipta kejutan ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADOSA menewaskan Gauff 7-5, 6-4 pada suku akhir Terbuka Australia hari ini. - AFP

MELBOURNE – Bintang tenis Sepanyol, Paula Badosa mencipta kejutan apabila melangkah ke pentas separuh akhir Terbuka Australia selepas menumbangkan pemain ranking No. 3 dunia, Coco Gauff menerusi kemenangan straight set 7-5, 6-4 di Rod Laver Arena hari ini.

Pada aksi suku akhir itu, Badosa yang merupakan bekas pemain No. 2 dunia menampilkan persembahan luar biasa selepas menampilkan kebangkitan untuk mengatasi juara Terbuka Perancis 2024 tersebut dalam tempoh masa satu jam 44 minit.

Kemenangan tersebut membolehkan Badosa melangkah ke separuh akhir Grand Slam untuk kali pertama dalam kariernya selepas pulih daripada kecederaan belakang yang mengancam kerjayanya pada tahun lalu.

“Hari ini (semalam) saya datang ke sini dan mahu bermain dengan permainan terbaik saya dan saya berjaya melakukannya dengan cukup sempurna.

“Pada mulanya, Coco (Gauff) menampilkan aksi luar biasa, tetapi saya sangat bangga dengan tahap permainan yang saya tunjukkan hari ini.

“Setahun lalu, saya berada di sini dengan kecederaan belakang yang saya tidak tahu jika perlu bersara daripada sukan ini. Kini saya berada di sini, bermain dengan pemain terbaik di dunia.

“Saya menang hari ini dan ia sesuatu yang mengujakan kerana tahun lalu saya tidak pernah fikir akan berada di sini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI