fbpx

Anwar tiba di Davos hadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Davos, Switzerland hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) selama dua hari sehingga esok. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Davos, Switzerland bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 yang bermula hari ini sehingga esok.

Beliau diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

“Jadual padat saya, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, akan membawa suara anggota blok ini di pentas dunia dalam pelbagai isu antaranya kecerdasan buatan, iklim, tenaga boleh baharu, transformasi digital dan pembangunan mampan.

“Turut dijangka menjadi tumpuan dan agenda penting sewaktu lawatan kerja ini adalah sesi taklimat dengan media antarabangsa, Dialog Strategi Negara dan ucaptama terkait masa depan ASEAN merangkumi aspek digital, ekonomi, peranan teknologi baharu dan juga inovasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran sama, Anwar berharap segala usaha dan perancangan beliau bersama delegasi Malaysia yang telah diatur akan berjalan lancar.

“Moga Yang Maha Esa memberi keberkatan dan memudahkan segala perancangan yang diatur sepanjang lawatan ini. Insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI