fbpx

[VIDEO] 32 cedera ringan akibat letupan kilang kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini di lokasi kejadian.

KLANG – Seramai 32 individu cedera ringan dalam kejadian letupan di letupan kebakaran sebuah kilang kimia di di Taman Perindustrian Kapar Bestari, Klang di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner  S. Vijaya Rao berkata, mereka melibatkan pekerja sekitar lokasi tersebut yang berusia 20 hingga 40an.

“Kesemua mangsa warga tempatan tersebut menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini. Tiada kecederaan serius dilaporkan melibatkan mangsa.

“Mereka juga telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan HTAR,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati lokasi tersebut telah ditutup dengan pita keselamatan dan dikawal ketat polis.

Malah, beberapa anggota dan pegawai bomba dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang sedang melakukan siasatan lanjut.

Kosmo! turut difahamkan letupan kilang itu menyebabkan beberapa serpihan seperti tangki, ekzos dan tayar treler ‘terbang’ sejauh 300 meter dari kilang berkenaan.

Kosmo! Online semalam melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan hasil siasatan awal polis mendapati letupan tersebut berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di pekarangan sebuah kilang kimia.

“Terdapat kerosakan pada bangunan kilang tersebut dan kilang-kilang berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI